Tatacara Permohonan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023

Peringatan: Maklumat artikel ini diambil daripada Buku Panduan Permohonan MRSM yang boleh didapati dalam laman web permohonan. Anda digalakkan untuk membuka laman web permohonan menggunakan komputer dan pelayar web terkini untuk paparan terbaik.

Laman web: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Terdapat 5 paparan halaman yang perlu diambil tindakan pengisian oleh calon dalam sistem laman web permohonan iaitu:

  • Halaman Utama
  • Halaman Log Masuk
  • Halaman Maklumat Pemohon
  • Halaman Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga
  • Halaman Pilihan Program dan MRSM

Halaman Utama

1. Calon perlu klik untuk muat turun (download) dan membaca dengan teliti perkara berikut:

2. Calon perlu menanda (/) pada Perakuan Permohonan dan klik Setuju sebelum mengisi permohonan secara dalam talian.

Sekiranya calon tidak menanda (/) pada Perakuan Permohonan, popup berikut akan dipaparkan

3. Untuk mengisi permohonan, sila Klik Di Sini pada

  • Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2023 , atau
  • Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2023

Halaman Log masuk

1. Klik Daftar Pengguna untuk mendapatkan kata laluan permohonan.

Tingkatan 1:

Tingkatan 2:

Nota: Panduan berikut menggunakan screen shot permohonan calon tingkatan 1 2023 sebagai contoh bagi mengisi permohonan tingkatan 1 dan tingkatan 4 dengan lengkap.

2. Isikan nombor kad pengenalan calon tingkatan 1 atau tingkatan 4 tanpa simbol (-) pada skrin daftar pengguna dan klik Hantar.

Sekiranya nombor kad pengenalan calon tidak lengkap (tidak mencukupi 12 digit), popup berikut akan dipaparkan:

Tatacara Permohonan MRSM 2023

3. Bagi paparan berikut, sila pastikan calon mengisi maklumat nama, e-mel yang sah dan aktif, aliran sekolah calon dan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah bagi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di skrin Daftar Pengguna dan klik Hantar.

4. Mesej (popup) pendaftaran telah berjaya dipaparkan. Sila rujuk dan simpan kata laluan yang diberikan untuk tujuan log masuk. Kata laluan ini juga dihantar ke e-mel yang didaftarkan.

5. Sila isikan nombor kad pengenalan calon serta kata laluan dan klik Log Masuk untuk memulakan permohonan.

* SEKIRANYA PEMOHON LUPA KATA LALUAN:

1. Klik Lupa Kata Laluan

2. Isikan nombor kad pengenalan calon serta e-mel dan klik Hantar.

3. Kata laluan baharu akan dipaparkan pada popup dan skrin Lupa Kata Laluan.

Halaman Maklumat Pemohon

1. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon di ruangan yang disediakan. Peringatan:

  • Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.
  • Nombor telefon bimbit yang diisi mestilah nombor yang aktif supaya makluman dapat dihantar melalui Khidmat Pesanan Ringkas atau Short Message Service (SMS).
  • E-mel ibu/ bapa atau penjaga juga perlu dinyatakan (sekiranya ada).
  • Bagi calon OKU, sila nyatakan nombor kad OKU dan kategori OKU.
  • Bagi calon yang mempunyai penyakit kronik, sila pilih jenis penyakit berkenaan di senarai yang disediakan. Sekiranya tiada penyakit kronik dalam senarai pemohon perlu nyatakan di ruangan yang tersedia.

2. Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya.

Halaman Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga

1. Sila lengkapkan semua Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga di ruangan yang disediakan. Perhatian:

  • Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.
  • Sekiranya maklumat ibu atau bapa adalah sama seperti maklumat penjaga, sila tandakan (✔) pada Maklumat Ibu/ Bapa sama dengan penjaga.
  • Sekiranya pekerjaan ibu, bapa atau penjaga adalah Polis dan/ atau Tentera, sila nyatakan nombor anggota di ruangan yang disediakan.
  • Sekiranya pekerjaan ibu, bapa atau penjaga adalah dari Felda / keluarga Felda (Peneroka Asal), sila nyatakan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan.
  • Sila nyatakan sama ada ibu, bapa atau penjaga calon adalah OKU atau telah meninggal dunia di ruangan maklumat tambahan yang disediakan.

2. Sila lengkapkan Maklumat Pendapatan Keluarga di ruangan yang disediakan. Peringatan:

  • Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.
  • Sila masukkan ANGKA sahaja di ruangan yang disediakan.
  • Maklumat pendapatan ialah pendapatan kasar bulanan termasuk elaun dan punca pendapatan lain (sebelum ditolak potongan seperti pinjaman rumah, kenderaan, pinjaman peribadi dan lain- lain potongan).
  • Bagi yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai penyata pendapatan/ slip gaji, sila isikan borang yang dilampirkan dan perlu disahkan oleh penghulu mukim atau pegawai kerajaan dari kumpulan pengurusan dan professional.
  • Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga perlu dibawa bersama semasa menduduki UKKM.

3. Klik Seterusnya untuk ke halaman yang berikutnya atau klik Sebelum untuk ke halaman Maklumat Pemohon.

Halaman Pilihan Program dan MRSM

1. Calon perlu mengisi tiga (3) pilihan program dan MRSM.

2. Calon tidak dibenarkan membuat pilihan MRSM yang sama (secara berulang). Sekiranya calon memilih MRSM yang sama, popup berikut akan dipaparkan:

3. Calon hanya dibenarkan membuat 3 pilihan MRSM sahaja.

4. Klik Seterusnya dan semua maklumat permohonan akan dipaparkan.

5. Tanda (✔) di bahagian Perakuan Pemohon dan Perakuan Penjaga/ Bapa/ Ibu bagi mengesahkan semua maklumat yang diisi adalah benar dan klik Hantar.

6. Popup berikut akan dipaparkan apabila permohonan telah berjaya dihantar.

7. Klik Cetak untuk mencetak permohonan yang telah lengkap diisi.

8. Klik Log Keluar setelah selesai semua proses.

9. Semakan semula atau kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh permohonan.

10. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh di e-melkan melalui e-mel:

pengambilanmrsm@mara.gov.my

Cetakan Permohonan:

Info & Tips SBP/MRSM 2023

Dapatkan informasi dan tips kemasukan ke SBP/MRSM untuk sesi pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan 4 2023 melalui channel Telegram di bawah.

Peringatan: Maklumat yang ada dalam artikel ini dirujuk daripada sumber laman web dan Facebook rasmi MARA. Penulis sedaya upaya menyediakan maklumat yang sahih berkaitan SBP/MRSM tetapi tidak menjamin 100% ianya tepat. Anda dinasihatkan merujuk terus kepada pihak MARA jika ada sebarang kemusykilan.


Posted

in

by

Comments

2 responses to “Tatacara Permohonan Ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2023”

  1. Norhayati kassim Avatar
    Norhayati kassim

    Saya nak klik daftar..mohon kata laluan tak dapat..mengapa?

    1. Rayyan Shah Avatar

      Jika tak keluar password pada mesej popup, check dalam inbox emel puan sebab password akan dihantar ke sana (emel yang didaftarkan). Jika tiada pada inbox emel, check juga bahagian spam folder.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *