Edisi 5 Modul Ulul Albab

RM101.00

Description

Edisi 5 mengandungi dua modul iaitu Modul Hafazan dan Ujian Simulasi Temu Duga Ulul Albab (Perseorangan). Edisi 5 digubal bagi tujuan membantu murid untuk mendapatkan tip dan panduan menghafal Al-Quran secara pantas. Murid juga berpeluang mendapatkan pengalaman sesi temu duga ulul albab sebelum menghadiri temu duga yang sebenar. Ketika sesi simulasi, markah dan skor akan diberikan agar ibu bapa dapat bertindak untuk meningkatkan pencapaian hafazan murid sebelum tibanya tarikh temu duga sebenar.

Modul-modul yang dimuatkan dalam Edisi 5 adalah inisiatif penulis (Hasnol Mazlina) untuk membantu ibu bapa dan murid ke sekolah idaman seperti MRSM Ulul Albab, SMKA TMUA Tahfiz Model Ulul Albab, Kolej Genius Insan KGI dan lain-lain lagi. Sebarang input yang terdapat dalam modul-modul ini bukan merupakan soalan bocor dan bukan mewakili pihak-pihak yang menjalankan ujian saringan seperti MARA, KPM, UKM, KYS dan sebagainya.

Modul-modul hanya merupakan bahan ulang kaji sebagai persediaan menduduki ujian sahaja.

Tarikh tutup penggunaan Edisi 5 (modul lupus penggunaan) ialah pada 28 Februari 2023 dan juga tertakluk pada kekosongan slot simulasi temu duga 1-1.

Syarat langganan (Sila baca sebelum membuat bayaran):

Portal pembelajaran ini memerlukan kelajuan Internet yang baik untuk berfungsi;
Portal pembelajaran ini tidak boleh dikongsi kata kunci dengan murid yang lain (1 murid 1 akaun);
Setiap edisi (modul) mempunyai had bilangan menjawab dan tarikh luput penggunaan;
Akaun portal pembelajaran tidak boleh diwarisi (akaun abang atau kakak diwarisi kepada adik atau sebagainya);
Portal pembelajaran ini adalah inisiatif penulis untuk membantu murid merasai simulasi sebenar menjawab ujian dalam talian;
Sesetengah bahan ulang kaji dalam portal pembelajaran perlu dicetak (fail pdf) dan dijawab secara bertulis berdasarkan objektif dan tujuan modul tersebut diterbitkan.