Edisi 4 Modul Teknikal

RM51.00

Description

Mengandungi Modul Teknikal (90 soalan) yang dapat membantu murid mengulang kaji dan memahami format soalan teknikal. Modul ini BUKAN hanya terhad kepada murid yang mahu memilih jurusan/program teknikal di MRSM, tetapi modul ini juga sangat sesuai dijadikan bahan ulang kaji dan persediaan PKSK (Bahagian Intelek) bagi tema pengetahuan am STEM.

Bahan yang dimuatkan dalam modul edisi 4 adalah inisiatif penulis (Hasnol & Mazlina) untuk membantu ibu bapa dan murid ke sekolah idaman. Sebarang input yang terdapat dalam modul ini bukan soalan bocor dan bukan mewakili pihak-pihak yang menjalankan ujian saringan seperti MARA, KPM, UKM, KYS dan sebagainya. Ia hanya merupakan bahan ulang kaji sebagai persediaan menduduki ujian sahaja.

Tarikh tutup penggunaan Edisi 4 (soalan lupus penggunaan) ialah pada 28 Februari 2023 dan terhad mengikut had menjawab yang telah ditetapkan.

Syarat langganan (Sila baca sebelum membuat bayaran):

  • Portal pembelajaran ini memerlukan kelajuan Internet yang baik untuk berfungsi;
  • Portal pembelajaran ini tidak boleh dikongsi kata kunci dengan murid yang lain (1 murid 1 akaun);
  • Setiap edisi (modul) mempunyai had bilangan menjawab dan tarikh luput penggunaan;
  • Akaun portal pembelajaran tidak boleh diwarisi (akaun abang atau kakak diwarisi kepada adik atau sebagainya);
  • Portal pembelajaran ini adalah inisiatif penulis untuk membantu murid merasai simulasi sebenar menjawab ujian dalam talian;
  • Sesetengah bahan ulang kaji dalam portal pembelajaran perlu dicetak (fail pdf) dan dijawab secara bertulis berdasarkan objektif dan tujuan modul tersebut diterbitkan.