Kenali Program Aliran Maktab Rendah Sains Mara

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Senarai Program Sistem Pendidikan MRSM

  1. MRSM Program Premier
  2. MRSM Program IGCSE
  3. MRSM Program Ulul Albab
  4. MRSM Program Teknikal
  5. MRSM Program IB-MYP
  6. MRSM Program BITARA

MRSM Program Premier (Tingkatan 1 & 4)

Program Premier yang berteraskan STEM adalah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan MARA. Pelajar akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah, kurikulum pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah.

Lokasi :

Syarat kemasukan :

MRSM Program IGCSE (Tingkatan 1)

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5.

Lokasi :

Syarat kemasukan :

MRSM Program Ulul Albab (Tingkatan 1)

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat untuk melahirkan ahli professional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Lokasi :

Syarat kemasukan :

MRSM Program Teknikal (Tingkatan 1)

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.

Lokasi :

Syarat kemasukan :

MRSM Program IB-MYP (Tingkatan 1)

MRSM Program IB-MYP menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ingin tahu (inquires), berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgable), pemikir (thinkers), mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators), mempunyai prinsip (principled), penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk taker), seimbang (balance) dan reflektif (reflective).

Lokasi :

Syarat kemasukan :

MRSM Program BITARA (Tingkatan 4)

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

Lokasi :

Syarat kemasukan :

Info & Tips SBP/MRSM 2023

Dapatkan informasi dan tips kemasukan ke SBP/MRSM untuk sesi pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan 4 2023 melalui channel Telegram di bawah.

Peringatan: Maklumat yang ada dalam artikel ini dirujuk daripada sumber laman web dan Facebook rasmi MARA. Penulis sedaya upaya menyediakan maklumat yang sahih berkaitan SBP/MRSM tetapi tidak menjamin 100% ianya tepar. Anda dinasihatkan merujuk terus kepada pihak MARA jika ada sebarang kemusykilan.


Posted

in

by

Comments

One response to “Kenali Program Aliran Maktab Rendah Sains Mara”

  1. Nur alissya qaysarra Binti Norizal Avatar
    Nur alissya qaysarra Binti Norizal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *